Tuesday 4 October 2011

Majlis Gabungan Pelajar Makin Hampir !!!!!!!!!!!!!

majlis gabungan pelajar semakin menghampiri ... all prefects should be ready for that.........jangan lupa ikut tema RETRO (warna utama merah.......tapi kalau dah terpaksa pakai jew warna apa yang korang ada tapi jangan lari daripada tema)

Wednesday 22 June 2011

Peranan dan Tanggungjawab Pengawas

Pengawas sekolah merupakan satu oraganisasi sekolah yang membantu para guru untuk menguruskan para pelajar atau lebih tepat lagi membantu memimpin para pelajar .


   ✓ PEMIMPIN
   * Memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai
      keyakinan untuk memimpin
   * Bijak memberi arahan kepada orang yang dipimpin untuk
      bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk
      melaksanakan sesuatu tugasan


   ✓ CIRI-CIRI PEMIMPIN
    TEGAS DAN KONSISTEN

        * Melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh , tegas ,
           serius dan bukan sekadar sambil lewa atau dengan
           ragu-ragu

    IKHLAS DAN SABAR
        * Melaksanakan tugas dengan amanah . Dugaan akan
           membuat kita lebih cekal dalam mencapai matlamat


    MENGAMBIL BERAT AKAN SELURUH ORGANISASI 
        * Sifat ini akan mendapatkan kepercayaan orang bawahan .
           Arahan akan dipatuhi dengan ikhlas dan hormat


    CERGAS DAN CERDAS
        * Cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat
           tindakan dan keputusan


    BERBUDI BICARA
        * Tidak mengutamakan emosi pada saat-saat genting


    BERKEBOLEHAN MERANCANG
        * Semua kegiatan dirancang dengan teliti , difahami dengan
           mendalam dan dilaksanakan


   ✓ PERANAN SEORANG PEMIMPIN
    TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI
        * Berdisiplin
        * Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
        * Berhemah tinggi
        * Berkeyakinan tinggi


   TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEKOLAH
       * Melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah
       * Menjaga nama baik sekolah
       * Memelihara iklim sekolah dengan baik
       * Bangga akan sekolah masing-masing


   TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU
       * Memberi maklumat dan maklum balas
       * Bekerjasama membanteras masalah disiplin
       * Menghormati para guru


   TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR LAIN
       * Menjaga keselamatan dan keselesaan mereka
       * Beinteraksi dengan mereka
       * Menunjukkan contoh teladan yang baik