Pengawas sekolah merupakan satu oraganisasi sekolah yang membantu para guru untuk menguruskan para pelajar atau lebih tepat lagi membantu memimpin para pelajar .
✓ PEMIMPIN
* Memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai
keyakinan untuk memimpin
* Bijak memberi arahan kepada orang yang dipimpin untuk
bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk
melaksanakan sesuatu tugasan
✓ CIRI-CIRI PEMIMPIN
• TEGAS DAN KONSISTEN
* Melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh , tegas ,
serius dan bukan sekadar sambil lewa atau dengan
ragu-ragu
• IKHLAS DAN SABAR
* Melaksanakan tugas dengan amanah . Dugaan akan
membuat kita lebih cekal dalam mencapai matlamat
• MENGAMBIL BERAT AKAN SELURUH ORGANISASI
* Sifat ini akan mendapatkan kepercayaan orang bawahan .
Arahan akan dipatuhi dengan ikhlas dan hormat
• CERGAS DAN CERDAS
* Cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat
tindakan dan keputusan
• BERBUDI BICARA
* Tidak mengutamakan emosi pada saat-saat genting
• BERKEBOLEHAN MERANCANG
* Semua kegiatan dirancang dengan teliti , difahami dengan
mendalam dan dilaksanakan
✓ PERANAN SEORANG PEMIMPIN
• TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI
* Berdisiplin
* Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
* Berhemah tinggi
* Berkeyakinan tinggi
• TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEKOLAH
* Melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah
* Menjaga nama baik sekolah
* Memelihara iklim sekolah dengan baik
* Bangga akan sekolah masing-masing
• TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU
* Memberi maklumat dan maklum balas
* Bekerjasama membanteras masalah disiplin
* Menghormati para guru
• TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR LAIN
* Menjaga keselamatan dan keselesaan mereka
* Beinteraksi dengan mereka
* Menunjukkan contoh teladan yang baik
No comments:
Post a Comment