Terdapat beberapa inisiatif yang boleh membantu para remaja menangani ancaman buli .
1) BERJALAN DENGAN WASPADA , PEKA KEADAAN SEKELILILNG
TENANG DAN BERKEYAKINAN .
Selalunya seseorang tidak kira peringkat umur kurang diganggu jika mereka sentiasa peka , tenang dan berkeyakinan . Latih diri berdiri atau berjalan dengan tegak bukan berlagak . Berjalan sambil melihat kawasan sekeliling dengan relaks seolah-olah mengamati keadaan dengan seronok dan berjalan dengan keyakinan .
2) SENTIASA SABAR WALAUPUN SEBENARNYA ANDA MARAH .
Adalah menjadi perkara normal untuk rasa takut atau marah bila dibuli . Tetapi bila anda menunjukkan rasa takut , perasaan marah atau agresif , ia akan menjadikan masalah tersebut semakin tidak terkawal . Para remaja perlu mempunyai kesedaran dan keyakinan untuk tidak mengekspresikan perasaan tersebut .
3) SENTIASA POSITIF DAN BERKEYAKINAN
Taktik pertahanan diri yang terbaik disebut sebagai "penolakan" . Bantu anak-anak berlatih menggunakan kesedaran diri untuk memerhatikan masalah di sekeliling yang berkemungkinan akan menjadi masalah serius dan seterusnya elakkan diri dari menghampiri masalah itu dengan tenang dan yakin .
4) MEMBINA BATAS
Didik anak anda untuk mengangkat tangan di depan mereka dan berkata dengan jelas serta tenang tetapi tegas . Didik anak anda untuk berdiri tegak , lihat tepat pada masalah itu dan gunakan suara yang jelas , tenang serta yakin dan bukannya menggunakan suara yang agresif atau takut .
5) MENAPIS KATA-KATA YANG MENYAKITKAN
Kata-kata yang menyakitkan adalah seperti sampah ! Jika kita terima ia ke dalam badan kita , kita akan berasa teruk . Didik kanak-kanak menapis kata-kata yang menyakitkan itu . Ia adalah seperti membina dinding yang menapis kata-kata yang buruk dari hati dan minda mereka seperti yang sering dilakukan para remaja dengan hanya menerima kata-kata yang membina semangat , pelajaran yang seronok serta menjauhi kata-kata yang menjatuhkan mereka .
6) BERCAKAP UNTUK DITERIMA
Disisihkan adalah masalah buli yang serius . Rata-rata pelajar sekolah atau para remaja mengamalkan konsep "geng" atau kumpulan dan hanya yang terpilih sahaja boleh berkawan dengan kumpulan tersebut . Anak-anak boleh bermula dengan meminta untuk turut serta di dalam sebuah permainan atau sukan , dan jika anak-anak perasan ada kalangan rakan-rakan yang disisihkan , latih diri untuk bertindak pantas dan yakin dengan mengajak rakan tersebut menyertai anda .
7) MEMINTA BANTUAN DAN PANDUAN
Kanak-kanak masih mempelajari kemahiran sosial . Tanpa panduan yang konsisten dari orang dewasa , mereka mungkin menyakiti satu sama lain . Didik anak anda untuk meminta bantuan dari orang dewasa jika tidak mampu menyelesaikan masalah mereka sendirian . Orang dewasa sering mengatakan "selesaikan ia sendiri" . Berhenti berkata begitu ! Latih anak-anak anda untuk berkata dengan tenang dan yakin , "saya sudah cuba selesaikannya , tetapi masalah itu semakin berlarutan , tolong bantu saya " .
8) MENGGUNAKAN PERTAHANAN FIZIKAL SEBAGAI JALAN TERAKHIR
Anak anda perlu tahu bila masanya mereka berhak melawan untuk mempertahankan diri dari orang yang menyakiti mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut . Didik anak anda untuk menggunakan pertahanan fizikal sebagai jalan terakhir di mana anak anda berada di tahap bakal disakiti , tidak boleh lari atau meminta bantuan . Bincang dengan anak anda , bilakah keadaan yang sesuai untuk memukul atau menendang orang lain . Jika anda membenarkan anak anda menggunakan kemahiran fizikal , pastikan anda mengajar kemahiran yang bersesuaian dengan tahap usianya supaya tidak mendatangkan kecederaan serius . Adalah lebih baik anda menghantar anak anda ke pusat latihan seni mempertahankan diri supaya anak anda dapat mengetahui denagn lebih mendalam maksud mempertahankan diri dan cara yang betul untuk menggunakan kemahiran fizikal .
No comments:
Post a Comment